<BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> pening <body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "294552"; google_color_bg = "294552"; google_color_link = "FFFFFF"; google_color_url = "FFFFFF"; google_color_text = "FFFFFF"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center>



Setiap kita punya pendapat sendiri...
pendapat anda tak sama dengan pendapatku...
kerna citarasa kita berbeda.....
Namun kita bebas melahirkan apa yang kita rasa...




|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|
















   









Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


credit cards


rss feed






Monday, March 16, 2009
CHINTA

Sinopsis:

Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya ada harta. sedangkan tiada siapa yang tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si ema, lelaki bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita. Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya....

HARGA: RM 24.90

HALAMAN: 671

PENULIS:  Norhayati Berahim


PENERBIT: NB Kara Sdn Bhd



Komenku:

permulaan yang agak memboringkan... tp semakin lama citer nya menarik... byk pengajaran2 baik dapat diambil... membuat kan aku tak sabar mengetahui kesudahannya...

 

****

 


Dicatatkan pada Monday, March 16, 2009 oleh nurdia
Make a comment  




Sunday, January 11, 2009
novel: kembalikan cintaku

 

Sinopsis:

Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia memohon untuk merasa sakit. Dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan. Di saat bulan madu masih merah menyala. Zarul suaminya pergi tanpa khabar berita. Wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusia, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya....

HARGA: RM 24.00

HALAMAN: 671

PENULIS:  Norhayati Berahim


PENERBIT: NB Kara Snd Bhd



Komenku:

agak menarik ngan garapan citer yg dikaitkan unsur2 keagamaan... memberi keinsafan kepada pembaca... agak berbeza dr citer2 tulisan norhayati yg sebelum nie.... yg selalu bermula ngan lembab... tp kali nie agak baik sekali....

****


Dicatatkan pada Sunday, January 11, 2009 oleh nurdia
Make a comment  




Monday, September 01, 2008
Adam dan Hawa


 

 

 

KAMI ingin memberikan kejutan kepada para peminat Aisya Sofea, iaitu begitu novel terbaru beliau bertajuk ADAM & HAWA kini sudah berada di pasaran.

Seperti novel-novel sebelum ini, novel keenam beliau ini mampu mengajak anda untuk menyelami hati dan perasaan yang dimiliki oleh seorang wanita dan isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah dicintainya. Ain Hawani yang menerima Adam dalam paksaan sebagai suaminya cuba menjauhi diri. Ain yang kecewa pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan menghitung hari-hari nan sepi. Semakin hari dia semakin merindui isterinya.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Pertemuan dengan Ain itulah yang sentiasa didoakan oleh Adam. Dengan pertemuan yang tidak diduga ini, dapatkah Ain menerimanya? Adakah Ain masih membenci Adam dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Tegarkah Ain menghadapi saat-saat ini?

Tajuk: Adam & Hawa
Halaman: 512 muka surat
Harga: RM19.90


komen ku:

amat menarik citernya....

 

****


Dicatatkan pada Monday, September 01, 2008 oleh nurdia
Make a comment  




Friday, January 11, 2008
Sambutlah Cintaku


 

Penulis: BIKASIH NUR IDRIS
Keluaran: Alaf21
Tahun: 2003
Watak utama dalam cerita: Ria Qistina, Islah, Zarif, Ariff
Harga : RM 15.00
M/surat: 401

Mak Som biarkan saja air mata menyentuh pipi. Tidak sanggup lagi untuk mata ini menatap penderitaanmu sayang! Kau menderita, kau terseksa dan teraniaya. Tapi kau tabah hadapi segalanya. Dari mana kau peroleh kesabaran yang menggunung itu? Ini semua salah mak... Sepatutnya mak tak paksa Aiman kahwini kau setelah sejauh ini takdir mengheret kita.
"Mak minta maaf sayang kerana memaksa Datul. Keputusan ini menjerut dirimu. Perkahwinan ini menyeksamu... Mak aniaya Datul."
Datul senyum kelat. "Mak... tak ada siapa yang bersalah. Mungkin sudah tertulis suratan takdir, Datul harus hadapi semua ini. Mak jangan risau. Segalanya akan kembali seperti biasa. Kesabaran Datul tidak akan sia-sia mak. Datul pasti!" balas isteri muda itu.

"Tapi Datul, sampai bila Datul mampu bersabar?" Mak Som menarik gadis itu dalam pelukannya. Dipeluk erat dan kemas! Seolah memujuk hati Datul yang pastinya dicengkam rasa sedih dan pilu.

"Selagi Datul bernyawa... melainkan nyawa ini bercerai dari badan. Datul punya keyakinan doa Datul akan dimakbulkan Allah dan kesabaran yang Datul ajar dalam diri ini akan membuahkan hasilnya. Datul akan terus hadapi semua ini. Tak perlulah mak bimbang, tak perlu rasa bersalah. Datul merelakan semua yang terjadi. Datul tak salahkan sesiapa pun!"
Datul leraikan pelukan. Dia kesat perlahan air mata mak mentuanya dengan hujung jari. Sudah lama air mata saya tidak tertumpah kerana janji saya pada awak. Saya akan terus pegang janji itu! Saya akan terus bersabar. Saya tak akan putus asa menawan hati awak semula. Saya tidak bersalah, awak tidak bersalah... Amir juga tidak bersalah!
"You nak makan... biar I sediakan." Datul sambut suami tercinta di muka pintu dengan senyum ramah! Lelaki itu menggeleng malas. Dia terus berlalu.
"Aiman..."

Aiman berhenti melangkah. "Ada apa?" soalnya tanpa menoleh merenung wajah redup Datul.
"I masakkan makanan kegemaran you... Makanlah sikit!" pujuknya lembut.
"You tak faham ke? I tak mahu makan!" tegas Aiman keras dengan wajah mencuka.
"Tapi I susah-susah masakkannya takkan you tak mahu jamah sedikit pun?" Datul masih berusaha memujuk. Masih lembut bersuara.
"I tak mahu makan! Faham!" tengking Aiman.
"I dengar... dan I faham. Kalau you tak mahu makan tak apalah." Datul senyum nipis.

"Pergilah berehat, you tentu letih." Datul capai briefcase di tangan Aiman lalu panjat tangga ke bilik. Dia gigit bibir. Awak benar-benar menguji saya! Tapi saya tak kisah. Saya akan sabar hadapi segalanya. Kesabaran ini dibekalkan oleh awak sendiri. Awak yang mengajar saya agar bersabar dengan segala dugaan dan rintangan yang mendatangi kita.
Datul berpaling bila pintu bilik dibuka. Bibirnya masih serlahkan senyuman, walau serinya sudah lama hilang. Saya tak akan mengalah dengan kedegilan awak dan pada rasa marah yang mencengkam diri awak!
"You nak mandi? I ambilkan tuala."
"I boleh ambil sendiri!" Aiman pantas capai tuala sebelum Datul.
Datul hanya senyum kelat dengan tindakan Aiman.
"You nak apa-apa? Nak minum ke?"
"I mahukan sesuatu... harap you akan berikannya." Aiman tenung tajam wajah isterinya.

"Suarakan... I akan cuba tunaikan."
"Tinggalkan I sendirian. Jangan ganggu I... Pergi buat kerja sendiri."
Datul lepas keluhan bila ingatkan peristiwa itu. Dia memang tak mahu aku ganggunya. Aku tahu kenapa! Awak tidak sanggup untuk melihat redup wajah saya. Awak takut kedegilan awak lumpuh kiranya terus menghadap keredupan saya. Awak memang tidak mampu melihat saya begini. Tapi awak keraskan hati dan awak begitu tega lukakan hati dan perasaan saya. Tapi saya tak kisah! Saya sanggup hadapi segalanya!


Saya tak akan mengalah! Hati saya sudah lali dengan semua tindak-tanduk awak. Sudah tidak tercalar lagi kerana sudah remuk dikerjakan oleh awak. Tambahan pula hati ini telah lama saya beri pada awak. Terserah pada awak sama ada mahu menjaganya atau terus merobeknya dengan belati tajam. Ianya hak awak!


Kini, saya isteri awak. Saya tega dengan segala ujian yang mendatang. Saya pasrah dengan segalanya! Sekarang hidup dan mati saya ada pada awak. Selagi itu saya akan terus menerima hukuman dari awak. Saya tak akan bersuara! Saya akan diamkan segala kezaliman awak pada saya. Isteri awak yang sah. Saya rela!

"I mahu katakan sesuatu pada you..." Aiman duduk bertentang dengan Datul di katil yang indah berhias. Malam pertama raja sehari... beginilah indahnya.
"I sudi mendengar..." Datul tenang melontar kata dari bibir munggil miliknya.
"I tak pernah setuju dengan perkahwinan kita. I sudah cuba membantah... juga mengugut you serta mak tapi kalian degil. You rela tengok kejatuhan sendiri, kehancuran masa depan you sendiri?"


"I sanggup rintangi segalanya... kerana itu I ambil keputusan ini. I telah lama korbankan diri I... dan I pasti akan perolehi sesuatu. You pernah lihat marah I... tapi you belum lihat kesabaran yang you sendiri hadiahkan buat I. Kesabaran itu sebati dalam diri I! You pernah lihat kedegilan I dan kedegilan itu mengajar I untuk terus bersama you sama ada suka atau duka. I sudah bersedia untuk segalanya." jelas Datul tenang.
"You menganiayai diri you sendiri!"

"Tidak! You yang aniaya diri sendiri. Cuba pendamkan rasa kasih pada I dengan membangkitkan rasa benci. Memang bagus... kerana cuba lakukan pengorbanan untuk adik you tapi I tidak rela korbankan hubungan suci yang kita jalinkan, cinta sejati yang I hamparkan buat you. I tidak merelakannya! Hubungan kita akan berterusan... Cinta tak akan kalah pada kebencian yang cuba you pancarkan. You akan sedar suatu hari nanti yang you tidak boleh hidup tanpa I dan tak akan perolehi cinta yang lebih harum dari cinta I. You akan hidu juga keharuman cinta I. Tak akan ada cinta sewangi cinta Datul. Wangian cinta I akan tenggelamkan segala kebencian, segala kesakitan, segala kepedihan. You akan sedar juga dan I akan nantikan saat itu!"


"Jangan terlalu mengharap Datul. You akan menyesal nanti."
"Sekalipun I kesal bukan dengan diri I tapi kedegilan dan keegoan you."
"Jangan cuba bermain api... you akan sama terbakar!"
"I sudah lama terbakar dengan cinta yang you beri. I tak takut pada api kerana I dapat rasakan kehangatan dan kehebatan api cinta I yang akan terus membara. Api cinta ini akan tundukkan you!"
Aiman tergelak kecil. "You mencabar I Datul! Segalanya akan bermula. Kedinginan I akan buat you mengalah. Percayalah!"
Datul menggeleng. "Cinta suci yang I berikan akan merebut you kembali. Cuma satu, I tak akan jadi milik mana-mana lelaki melainkan Aiman Saifuddin. I tak akan berpaling pada Amir atau mana-mana lelaki walau apa pun yang you lakukan! I rela terdera kerana you juga mendera diri sendiri!"
"You memang bodoh! Kenapa you tak faham? Amir boleh beri kasih sayang lebih dari I."

"I hanya mahukan kasih sayang you dan Amir adalah adik I! Seorang adik hanya mampu memberi sayang kepada kakaknya bukan sayang suami kepada isterinya," tegas Datul.


"You akan merana!" Aiman bingkas meninggalkannya seorang diri.
Malam pertama aku tidak seperti malam pertama pasangan pengantin lain. Dia tinggalkan aku keseorangan dan kesepian tanpa belaian manja seorang lelaki bergelar suami. Aku tidak dapat tidur berbantalkan dada sasa itu, merengek manja dalam pelukannya, bergurau-senda dengan dirinya, malah berkasih dengannya. Janganlah ada mana-mana pengantin melalui saat itu. Hanya aku yang tahu kepedihan menanggung semua ini! Tiada siapa pun yang akan mengerti!


Tapi ini keputusan aku. Aku jejakkan kaki ke rumah ini dengan satu impian murni. Kembali mendapatkan kasih seorang lelaki yang kini sudah sah bergelar suami. Dan aku tidak akan sekali-kali berpaling! Saya tak akan menyerah!

Lamunan Datul tercantas bila saja mendengar bunyi enjin kereta di pekarangan rumah. Aiman dah balik! Dia tarik nafas dalam! Dibetulkan pakaian serta dirinya sendiri. Biar tampak menarik bila menyambut suami tercinta. Ukirkan senyum manismu buat suamimu Datul walau dia tidak pernah layan kau seperti seorang isteri. Perlahan-lahan dia kuntum sebuah senyuman seraya mengorak langkah ke muka pintu.


"Penat?" soalnya bila saja pintu dibuka. Matanya tertumpah pada wajah Aiman yang kelihatan letih. Banyak kerjalah tu! Nak membantu, aku sudah tinggalkan Iman Holdings sejak menjadi isteri Aiman. Apa salahnya jika aku korbankan cita-citaku demi suami tercinta! Tapi aku rasa rindu pula untuk berdepan dengan kerja-kerja di pejabat, menyibukkan diri dengan kertas-kertas kerja. Hatiku tidak tenang di sini kerana asyik kesepian dan keseorangan. Bukannya aku tidak punya teman! Mak dan pembantu rumah ada! Tapi aku tetap kesunyian. Aku banyak habiskan masa dengan mengingati kenangan manis antara aku dan dia untuk tabahkan hati sendiri. Hanya itu yang tinggal!

Aiman angguk kecil. Membiarkan saja tangan kecil itu mencapai briefcase di tangannya lalu menghenyak punggung di sofa. Dia bersandar ketika.
Datul masih tidak lepas pandang wajah suaminya. Dia letak briefcase di sisi sofa lalu dekati Aiman. Dipicit perlahan bahu dan kepala lelaki itu.
"Tak payah..." Hanya itu disuarakan Aiman, tidak pula menolak jemari runcing yang bermain-main di sekitar kepalanya serta bahu. Datul tidak berganjak, masih meneruskan! Biarlah... Aiman pujuk diri! Lagipun lega sikit rasanya.


"Kerja memang penting tapi jangan sampai tak hiraukan kesihatan." Bibirnya bertutur sedang jemari semakin rancak mengurut perlahan.
Aiman sekadar membisu. Malas untuk bersuara!
"I nak tanya you sesuatu... boleh?"


"Hmm..." Hanya itu yang kedengaran dari mulut Aiman sebagai jawapan.
"I dah bincangkan dengan mak beberapa hari lepas, mak tak membantah. I... I nak kerja semula!"

"What?" Aiman pantas menoleh. Merenung Datul seolah mahu ditelan.
"Untuk apa? Duduk rumah aje... temankan mak. I tak mahu mak sunyi tinggal seorang." Aiman membantah keras dengan rancangan Datul itu.
"Mak.. tak membantah. Mak benarkan I bekerja semula." Datul gigit bibir.
"Tak perlu!" Kalau awak bekerja pasti saya perlu mengadap awak setiap masa dan ketika! Argh, tak sanggup aku!
"Aiman please... I bosan duduk di rumah saja. I perlukan kesibukan. I rindukan suasana pejabat."
"Kalau you mahukan kesibukan... you boleh buat macam-macam! Belajar memasak, tak pun... berkebun atau... apa-apa sajalah!"
"Tapi I nak kerja..." Datul bersuara lembut.
"I suami you! I tak benarkan dan you sebagai isteri tak boleh membantah."
"Man..." tegur Mak Som yang sedari tadi memerhatikan anak dan menantunya itu.
"Man sedar dia isteri Man, tapi pernahkah Man layan dia seperti seorang suami melayani isterinya? Man tak layak bersuara tentang hak suami sedang Man sendiri tak pernah tunaikan hak yang satu itu. Biarkan Datul bekerja..."
"Mak, ini masalah kami..." Aiman tidak senang mendengar kata-kata Mak Som itu.

"Masalah kamu berdua menjadi masalah mak juga. Datul sudah banyak bersabar dengan kau walau Man sudah remukkan sekeping hatinya yang begitu tulus mencintai dan menyayangi Man. Kalau gadis lain di tempatnya pasti sudah lama dia tinggalkan Man. Kekuatan cintanya akan sedarkan Man juga satu hari nanti. Man tak perlu berkorban untuk Amir kerana Amir tidak pernah pinta ini semua. Janganlah terus mendera dirimu Aiman."
"Sekarang ni kita berbicara tentang kerja Datul!" Aiman tekankan kata-katanya. Dia tidak mahu Mak Som panjangkan cerita lama. Dia sudah tekad dengan keputusannya dan tak akan berubah!
"Datul akan bekerja semula!" tegas Mak Som
"Tapi mak...."

"Seorang anak yang taat pada perintah ibunya tak akan membantah." Mak Som pulangkan paku buah keras!
Aiman menoleh pandang pada Datul yang berdiri tidak jauh darinya. Wajah itu tertunduk bila saja menentang matanya.
"Ikut maklah...." Aiman capai briefcase lalu mendaki anak tangga ke bilik.
"Mak... terima kasih!" Datul pantas memeluk mentuanya. Wanita itu belai kasih rambut gadis itu. Dia mengekor langkah Aiman. Saya tahu awak marahkan saya! Tapi saya dah tak pedulikan semua itu!
"Datul sudah banyak terseksa. Datul harus bangkit. Jangan lemah begini... Keraskan hati untuk menghadapi segalanya. Jangan sekali-kali lupakan mak yang sentiasa bersama Datul!"

Datul angguk perlahan. "Datul tak akan lupa..."
Hanya kaulah tempat aku mengadu nasib! Datul akan hadapi segalanya! Dengan adanya kasih sayang mak, Datul tak akan gentar! Terima kasih mak!





Komenku:

amat menarik cerita yang dipaparkan ..



***

Dicatatkan pada Friday, January 11, 2008 oleh nurdia
Make a comment  




Saturday, January 14, 2006
Kau Sayangku

Kau Sayangku mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.

Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif Zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?


HARGA: RM17.00

HALAMAN: 432

PENULIS: Bikash Nur Idris


Komenku:

Menarik ceritanya tapi... dah sampai klimaks tetiba... arisa hilang dan lupa siapa dirinya akibat dari kemalangan....tu menyebabkan cerita menjadi mendatar... semacam tiada kesimbungannya....

keseluruhan cerita menarik....dengan happy ending....

****


Dicatatkan pada Saturday, January 14, 2006 oleh nurdia
Comments (2)  




Tuesday, January 10, 2006
SEPI TANPA CINTA


 

HAziqah berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Suasana bising di segenap sudut rumah langsung tidak menarik minatnya. Dia gelisah. Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi Yusri. Namun, tidak berjaya. Dia risau seandainya ada perkara buruk yang berlaku di saat perkahwinan mereka hampir tiba dua hari lagi. Tetamu yang datang di rumahnya untuk merewang sudah semakin ramai. Malah majikan tempat ibunya, Aminah yang bekerja sebagai pembantu rumah juga turut hadir untuk membantu menyediakan persiapan sebelum pernikahan. Puan Haryati memang baik. Apa sahaja keperluan Haziqah semua disediakan walaupun kini ibunya sudah berhenti kerja.

"Macam mana Ziqa? Dapat tak kau hubungi Yusri?" Sumaiyah kawan Haziqah muncul dari muka pintu.
"Manalah Yusri pergi ni? Aku risaulah," adu Haziqah bersama keluhan kecil. Emaknya, Aminah yang sedang sibuk menyiapkan bunga telur bersama jiran-jiran di satu sudut rumah sekadar memandang ke arah mereka. Kemudian dia menyambung kembali kerja-kerja menyediakan barang hantaran. Di hati Aminah, perasaan risau turut bertandang. "Aku cuma berharap Yusri ada di waktu pernikahan kami nanti." Kata-kata Haziqah kedengaran perlahan.
"Kau jangan main-main Ziqa! Majlis pernikahan kau sekarang ni cuma tinggal dua hari saja lagi."
"Aku tahu!" "Habis tu? Kau kena cari Yusri hari ni jugak. Sekurang-kurangnya kau tahu kat mana Yusri berada!"
"Betul ke Yusri tu ikhlas ajak kau kahwin ni? Entah-entah Yusri tu..."
"Entah-entah apa?"
"Dari dulu lagi aku pernah cakap yang aku tak suka kau berkawan dengan Yusri. Kau ingat, kan?"
"Bila Yusri mula melamar kau, aku dah mula syak yang Yusri tu tak serius. Aku rasa Yusri tu sengaja ambil kesempatan sebab kau popular kat kampung kita ni." Haziqah kembali duduk di kerusi. Gelisah dan resah berbaur menjadi perasaan yang sukar digambarkan.
"Macam mana kalau tiba-tiba Yusri buat perangai sebelum majlis kau ni berlangsung? Apa kau nak buat?"

"ASSALAMUALAIKUM. "Waalaikumussalam."
"Kak Ziqa, ada tak Kak Sue?" "Ada kat dalam. Kenapa?"
"Abang Yusri kirimkan Kak Ziqa bungkusan dan surat ni." "Mana Abang Yusri?" Ijat hanya menjungkitkan bahu.
"Habis, Ijat ambil barang-barang ni daripada siapa?"
"Ada orang suruh hantarkan."
"Siapa?"
"Entah... Ijat tak kenal."
"Hmm... tak apalah." Sumaiyah meneliti sepucuk surat di tangannya dan bungkusan kecil yang berbalut kemas itu sebelum menapak masuk ke dalam rumah.
"Siapa Sue?" Tiba-tiba Haziqah muncul. Sumaiyah menunjukkan surat dan bungkusan kecil itu. "
" Untuk siapa?" tanya Haziqah.
"Kau."
"Daripada siapa?"
"Yusri." Dengan rasa berdebar dia mencapai. Hatinya rasa tidak menentu. Gementar, risau dan gundah mula bercampur menjadi satu.

Ziqa,
Memang payah untuk Yus membuat keputusan. Berjaya mendapat cinta Ziqa adalah satu anugerah yang terindah buat Yus yang akan Yus kenang sampai bila-bila. Tapi... maafkan Yus. Perkahwinan ini tidak dapat diteruskan. Bohonglah seandainya Yus katakan yang Yus sanggup menerima Ziqa di atas apa yang telah berlaku.

Yus bukan lelaki yang sanggup menerima kelemahan orang lain. Apa yang Yus mahukan adalah kesempurnaan dan Yus tak dapat menerima kenyataan seandainya isteri yang bakal menghuni dalam hidup Yus sebenarnya sudah tiada serinya lagi. Cukuplah sampai di sini hubungan kita. Anggaplah Yus menolak Ziqa kerana kita masih muda dan mentah. Tidak mampu meneraju sebuah bahtera perkahwinan yang murni itu bersama...

Yusri
KENAPA kau buat aku macam ni Yusri? Apa salah aku sampai kau sanggup fitnah aku sebegitu rupa? Aku malu! Sampainya hati kau! Haziqah merintih. Kerana fitnah yang kau cipta itu, maruahku mula dipersoalkan oleh orang kampung! Kesucianku pula diperkotak-katikkan! Sedangkan kau tahu aku tak mungkin akan menjadi perempuan semurah itu. Sanggup kau tinggalkan aku bersama dengan tanda tanya di benak semua orang. Emak! Emak seolah-olah tidak mempercayaiku lagi.

Emak jatuh sakit dengan kandungan surat tempoh hari. Dan kini, hidupku telah musnah. Tempat yang sepatutnya kau huni sebagai suami itu telah digantikan dengan orang lain. Aku terpaksa bernikah dengan lelaki yang aku tidak kenal hati budinya. Betapa terseksanya aku waktu ini! Kau sepatutnya tahu Yusri...

"PUASLAH hati kau! Kau beli jiwa mak aku, lepas tu kau suruh mak aku paksa aku kahwin dengan kau demi menutup malu keluarga kau!" Jeritan lelaki itu begitu memeranjatkan Haziqah yang sedang bersendirian di bilik. Air mata yang sudah kering, mula bertakung lagi. Haziqah berpaling perlahan. Fakrul nampak kusut walaupun lengkap berbaju Melayu Teluk Belanga yang dipakai sewaktu majlis akad nikah berlangsung tadi. "Perempuan murah!" jerkah Fakrul.
"Jangan tuduh saya macam tu!"
"Habis, apa yang kau nak aku cakap? Memang perempuan murahlah namanya kalau tunang sendiri tuduh yang kau dah tak suci!" Haziqah ingin berkata sesuatu tetapi tidak jadi apabila melihat Fakrul melangkah ke bilik mandi. Lantas kata-kata amarah emaknya dua hari lalu menerjah kembali ke ingatan.
"Mak tak sangka kau macam ni! Kau ingat diri kau tu apa Ziqa? Kita ni perempuan kampung. Kenapa kau sanggup gadaikan maruah kau?"
"Ziqa tak lakukan mak!"
"Jangan nak tipu mak! Kalau kau tak lakukan, Yusri takkan tinggalkan kau!"

"MACAM mana kita nak berdepan dengan orang kampung Ziqa?" Haziqah tidak mampu menjawab Hanya air matanya yang bergenang.
"Kau pergilah beritahu orang kampung yang majlis kau dah tak jadi. Pengantin dah putus tunang! Mak tak nak fikir apa-apa lagi. Mak dah terlalu malu dengan perangai kau ni!" "Mak!" "Tak baik cakap macam tu Kak Minah," sampuk Puan Haryati cuba meredakan keadaan.
"Apa yang aku cakap tu, memang kenyataannya Yati. Aku malu nak mengaku dia sebagai anak!"
"Ziqa sanggup buktikan pada mak yang Ziqa masih suci!" Puan Haryati dan Tuan Fuad bertukar pandangan.
"Macam mana kau nak buktikan? Kau tu perempuan yang dah tak suci! Tak ada siapa pun sanggup bertanggungjawab terhadap kesalahan kau!"
"Kalau mak nak tahu sama ada Ziqa masih suci atau tak, Ziqa akan berkahwin jugak dua hari lagi! Majlis Ziqa akan tetap berjalan!" Bibir masing-masing terkunci. Menanti kata-kata Haziqah yang seterusnya.
"Ziqa akan berkahwin dengan sesiapa saja. Mak carikanlah calon suami untuk Ziqa."
"Kau dah gila agaknya Ziqa! Kau ingat berkahwin ni main-main?"
"Ziqa tak sanggup nak terima tuduhan sehina itu. Ziqa tak nak orang kampung memfitnah Ziqa. Ziqa akan tetap berkahwin asalkan mak dapat tahu yang Ziqa masih suci!" Aminah melepaskan nafas deras.
"Kau jangan nak mengarut!" Haziqah berpaling pantas ke wajah Puan Haryati dan Tuan Fuad.
"Makcik, pakcik. Tolonglah Ziqa. Ziqa nak buktikan yang Ziqa tak bersalah. Makcik dan pakcik carikanlah seorang lelaki yang sanggup berkahwin dengan Ziqa."
"Kau pergi masuk ke bilik Ziqa!" pintas Aminah lagi.
"Ziqa merayu. Carilah sesiapa pun. Ziqa tak kisah! Ziqa nak buktikan yang kata-kata Yusri tu hanyalah tuduhan. Ziqa masih suci makcik," ucap Haziqah sambil melutut di hadapan Puan Haryati. Dia menangis tersedu-sedu.
"Ya ALLAH Ziqa! Bangun nak! Jangan melutut macam ni," pujuk Puan Haryati. Namun, saat itu Haziqah sudah tidak menghiraukan apa-apa lagi. Dia hanya mampu menangis dan merayu-rayu. Meratap pilu.
"Tak reti kenang budi. Nama saja orang kampung tapi berlagak nak jadi macam orang bandar." Lamunan Haziqah hilang. Dia tidak menoleh ke arah Fakrul walaupun sekali. Dia rasa bersalah dengan Fakrul dan keluarga Puan Haryati.
"Jangan ingat aku terima kau, sebab aku nak tolong kau! Pergi jahanamlah! Tak pernah terlintas langsung dalam hati aku ni yang perempuan kotor macam kau boleh jadi isteri aku. Kalau tak kerana umi aku, jangan haraplah aku nak terima kau!" Kasar kata-kata Fakrul.
"Kalau awak tak setuju... kenapa awak terima?" Kekusutan yang sedang melanda ditambah lagi dengan tuduhan dan jerkahan Fakrul. Dia semakin tertekan. Harapan hanya tinggal harapan.
"Aku tak boleh tinggal kat sini. Makin lama aku tengok muka kau, makin panas hati aku ni." Fakrul segera mencapai beg pakaiannya. Baju-baju yang dibawa sejak semalam tidak terusik. Tanpa menunggu lama, Fakrul berlalu. Namun, sewaktu kakinya tiba di muka pintu, Fakrul kembali memusing.
"Aku rasa, hukuman gantung tak bertali memang sesuai aku gantungkan pada leher kau waktu ni! Ini satu hukuman supaya kau tahu betapa seksanya hidup apabila mempermainkan perasaan lelaki," ucap Fakrul menyebabkan Haziqah berpaling. Tetapi ketika itu Fakrul sudah hilang di sebalik pintu. Ya ALLAH! Hukuman gantung tak bertali? Benarkah apa yang aku dengar tadi? Apakah begini berakhirnya kehidupan aku? Saat itu air mata Haziqah gugur lagi. Perlahan dan kemudian lebat bagai hujan yang mencurah-curah.

Fakhrul menekan brek sepantas mungkin. Honda CRV yang dipandu dengan kelajuan 150km/j menyebabkan keretanya hampir merempuh kereta Wira di hadapannya. Terkejut dan cemas hadir dengan tiba-tiba apabila bunyi brek kedengaran begitu kuat. Saat itu bunyi hon dari pelbagai sudut juga membingitkan suasana.

ARGHH! Bodohnya aku! Kenapa aku tak membantah permintaan umi? Kenapa aku biarkan hidup aku semakin kusut dengan menerima perempuan sehina itu sebagai isteri? Fakrul bagai menangisi penyesalan yang datang.

"Tolonglah umi, Rul. Umi merayu pada kau... terimalah Ziqa sebagai isteri. Bantulah Makcik Minah supaya keluarga mereka tidak mendapat malu.
" Fakrul mengenang kembali kata-kata uminya malam tadi. Perbualan singkat yang bermula dengan perbincangan akhirnya menjadi sejarah yang tidak mungkin dilupakan. "Umi nak kau gantikan tempat tunangnya, itu aje!" Kata-kata itu membuatkan Fakrul tersentak. Hampir tersedak air yang diminumnya.
"Kenapa Rul pulak yang harus berkorban? Dah tak ada lagi ke lelaki lain kat kampung tu?" soal Fakrul.
"Kita aje yang paling dekat dengan keluarga Makcik Minah. Majlis tu hanya tinggal esok aje Rul. Malu kalau dibatalkan. Orang kampung banyak dah mengata. Umi kasihankan Makcik Minah kau."
"Ah, Makcik Minah tu hanya bekas orang gaji kita aje. Apa yang umi nak sibukkan?" pintas Fakrul kuat membuatkan Puan Haryati bingkas.
"Jangan kurang ajar, Rul! Umi tak pernah anggap Makcik Minah kau sebagai orang gaji." Fakrul terdiam lama.
"Umi tak kisah! Apapun yang terjadi, esok kao kena kahwin dengan Ziqa! Kalau kau tak ikut cakap umi... umi akan anggap yang kau dah menderhaka pada umi."
"MANA Ziqa? Kenapa kau tak bawa dia sekali, Rul?" tanya Puan Haryati sewaktu ternampak Fakrul terpacul di pintu banglo sederhana mewah itu.
"Rul, umi tanya ni. Mana Ziqa?" ulang Puan Haryati lagi apabila soalannya tadi dibiarkan sepi. Fakrul yang baru sahaja ingin menapak ke anak tangga terus terhenti di situ. Dia berpaling menatap wajah uminya.
"Rul dah pun ikut cakap umi. Sekarang ni, umi pulak yang kena ikut cakap Rul." "Apa maksud kau?"

FAKHRUL memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan. Tetap gagal untuk melelapkan mata biarpun biliknya sudah ternampak raut Azura sedang tersenyum kepadanya. Dan apabila wajah Azura menghilang, dia teringatkan Haziqah pula.
"Ah, kenapa mesti rasa bersalah? Aku telah lakukan apa yang sepatutnya!" Fakrul cuba menyedapkan hati.
"Tak baik Rul! Berdosa seksa anak gadis orang macam tu." Entah mengapa telinga Fakrul bagaikan terdengar ada suara orang berbisik-bisik. Fakrul bingkas. Memerhati sekeliling bilik yang sunyi sepi dan gelap itu.
"Haziqah dah sah jadi isteri kau! Kenapa mesti seksa dia lagi? Dia dah cukup menderita dengan keadaan yang menimpa! Kenapa harus ditambah lagi penderitaannya?" Bisikan itu makin hampir di telinganya.
"Dia dah tak suci!" "Kau pasti dengan tuduhan tu?" Fakrul diam seketika.
"Kalau tak tahu, kenapa harus menghukum Ziqa dengan tuduhan yang kau sendiri tak pasti? Tak adil namanya!"
"Memang patut pun dia dihukum macam tu. Perempuan yang mempermain-mainkan perasaan lelaki."
"Kau marahkan Azura sebenarnya, Rul! Kau menghukum Ziqa dengan kesalahan yang Zura buat." `Ah! Pedulikan semua tu! Aku tak nak fikir tentang dia. Aku nak tidur!'
"MAK," tegur Haziqah sambil menolak pintu bilik Aminah. Saat itu juga dia ternampak emaknya sedang berbaring dengan batuk yang tidak henti-henti. Haziqah pantas menuju ke arah Aminah. Tangannya ingin menepuk belakang Aminah, meredakan batuk yang sejak tadi bagaikan tidak mahu berhenti.
"Tak apalah Ziqa. Tak payah susah-susah. Mak ni dah tua, agaknya dah sampai masa mak," ucap Aminah.
"Jangan cakap macam tu, mak!"
"Sudahlah Ziqa. Kau pergilah tidur. Mak tak apa-apa ni. Pergilah berehat."
"Ziqa nak temankan mak." "Tak payah. Kau pergilah temankan Fakrul!" "Dia... err... dia ada kat dalam bilik mak," jawab Haziqah teragak-agak.
"Kalau macam tu kau pergilah keluar. Tanya apa-apa yang dia nak. Takut Fakrul tak selesa tinggal kat rumah buruk kita ni. Dia dah biasa hidup senang," ujar Aminah. Haziqah sekadar mengangguk. Hatinya jadi pilu dengan sendiri. Dia terpaksa membohongi emaknya sedangkan Haziqah sendiri tahu yang Fakrul telah pergi.
"I Nak you buat semula. From A to Z. Kalau ini hasil yang you nak berikan pada client... just forget it. You mau kasi saya malu ka?" Kemarahan Puan Chan bagaikan terdengar-dengar lagi. Fakrul menghempaskan pelan seni binanya ke atas meja. Hatinya panas. Sejak kebelakangan ini, ada sahaja yang tidak kena dengan rekaan seni binanya. Ah, kerja dengan majikan perempuan memang menyusahkan!
"Weh, Fakrul! Kau tak nak makan ke? Join us?" jerit Anand rakannya yang sudah bergerak keluar bersama-sama Stephen dan Kassim.
"Tak apalah Anand. Aku tak lapar. Kau orang pergilah," tolak Fakrul.
"Hah Fakrul! You tak keluar lunch hari ni ke?" Fakrul terkejut. Wajah Puan Chan tidak lagi kelihatan seperti singa yang ingin melapah mangsa.
"Tak Puan Chan. I tak ada selera."
"Fakrul, you jangan ambil hati dengan apa yang I katakan tadi. I just want you to think. Prestasi kerja you sejak akhir-akhir ni merosot. If you have any problem, you musn't let it affect your work."
"PERANGAI you semakin berubah, Zura. Cuba cakap... apa yang tak kena dengan I pada mata you? What is your problem?" Soalan Fakrul mematikan lamunan Azura. Azura toleh sekilas pada Fakrul. Wajah anak muda itu telah menarik hatinya sewaktu hari pertama mereka mendaftar di Universiti Malaya.
"You memang selalu macam ni, kan? Bila I tanya, you senyap. Kalau terus begini, macam mana kita nak settlekan problem kita!"
"I tak tahu Fakrul. I..."Azura gelisah. Niatnya menerima pelawaan Fakrul untuk keluar bersama hari itu, adalah untuk berterus terang. Tetapi di hatinya timbul pula rasa bersalah. "Sebenarnya Rul... I ada satu perkara nak beritahu you. Tapi..." Azura menarik nafas dalam-dalam. Hari ini, dia mahu segala-galanya selesai. Dia ingin Fakrul tahu masalahnya. "Apa dia Zura? Cakaplah. I'm waiting. Janganlah buat I macam ni." Fakrul seperti sudah tidak sabar untuk mendengar kata-kata Azura. Wajahnya yang dihala ke hadapan sesekali dipaling ke arah gadis itu.
"Sebenarnya..." Fakrul tersentak. Pensel di tangan terlepas ke atas meja. Bayangan wajah Azura hilang serta-merta. Tiada satu pun yang tertinggal. Fakrul memerhati ke sekeliling pejabat. Semua rakannya sedang sibuk dengan urusan masing-masing. Cuma dia yang melamun jauh. Ya Allah! Kenapa dengan aku ni?
"ADA isteri ditinggal-tinggalkan!" Ucapan Puan Haryati malam itu membuatkan Fakrul tersentak. Seolah-olah sengaja ingin menghukum dirinya atas satu kesalahan yang amat berat. Begitu perit dirasakan.
"Sampai bila kau nak buat isteri kau macam tu?" tegur Puan Haryati dengan tenang. Sejenak raut Fakrul yang sedang menunduk itu ditenung agak lama.
"Umi tak nak orang mengata keluarga kita. Kau tu lelaki! Dan sebagai suami kau tak patut buat isteri kau macam tu."
"Umi yang paksa Rul!" "Ziqa perempuan yang baik Rul." "Baik apa kalau tunang sendiri tak nak ambil dia sebagai isteri? Lagi dua hari aje nak berkahwin. Tup... tup... satu kampung tahu Ziqa dah tak suci. Itu yang umi kata perempuan baik?"
"Kalau tak suka kenapa tak mahu lepaskan dia? Kenapa nak seksa dia dengan menjatuhkan hukuman gantung tak bertali. Kau tahu apa hukumnya buat macam tu?"

"KITA berpisah ajelah Rul. I dah tak sayangkan you. Kalau boleh you jangan cari I lagi!" Begitu senang kata-kata yang muncul di bibir Azura ketika perhubungan mereka semakin kritikal. Fakrul tersentak.
"Tapi kenapa?" Fakrul menghampiri Azura yang sedang berdiri memeluk tubuh.
"You tahukan yang I betul-betul sayangkan you? I tak sanggup berpisah dengan you." Azura menepis pantas. Dia menjauhkan dirinya. Tasik di hadapannya juga dipandang tanpa perasaan.
"I dah tak sayangkan you. That's the point. I tak boleh nak paksa hati I untuk sayangkan you lagi. Jadi... buat apa nak tunggu?"
"Buang masa?" tanya Fakrul pelik.
"Buang masa I untuk menyayangi you," balas Azura. Dahi Fakrul berkerut. Menandakan dia semakin pelik dengan kata-kata Azura itu.
"Jadi selama ni, you anggap kasih sayang yang kita jalinkan hanya membuang masa you, begitu?"
"No reason!"
"Setiap perkara yang berlaku ada sebabnya Zura! Tak mungkin you minta break up dengan I tanpa sebab. Atau you dah ada lelaki lain dalam hidup you?" tegas Fakrul. Dahi Azura pula yang berkerut. Bibirnya terkunci.
"Betul tak tekaan I? I dah agak perkara ni akan berlaku!" jerkah Fakrul.
"Itu hak I nak jatuh cinta dengan sesiapa pun. You tak boleh halang. Dan I rasa, tindakan I menerima cinta you dulu pun adalah satu kesilapan. Kita tak patut bersama!" Kenyataan itu membuatkan hati Fakrul terguris. Itulah hari terakhir mereka bersama. Selepas itu, Azura menyepikan diri. Tiada lagi panggilan telefon atau berita yang dikirim. Sepi dan terus menyebabkan Fakrul menderita dengan keadaan itu.


"Zura dah kahwin rupanya Rul. Dah sebulan! Dia ditangkap khalwat dengan seorang lelaki di Pahang," kata rakannya, Amirul. Namun, sampai ke hari ini wajah Azura tetap segar di ingatannya. Dia telah berusaha untuk melupakan gadis itu. Tetapi, gagal. Apakah begini caranya untuk aku menyayangi gadis lain? Menerima perkahwinan yang tidak aku redhai? Ah, aku memang tidak mampu menyayangi Haziqah seandainya nama Azura tidak luput dari ingatan. Tidak sama sekali!

Haziqah berjalan pantas menuju ke rumahnya yang tinggal beberapa ratus meter sahaja di hadapan. Terserempak dengan jiran-jiran yang berselisih jalan hanya menambahkan kedukaan di hati.
"Kalau dah dasar keturunan tak baik, memang tak baik jugak Kak Jenab!"
"Yalah! Akak pun setuju dengan kata-kata kau, Som. Emaknya si Ziqa tu bukannya baik sangat. Dulu, bukan ke emaknya yang merampas suami Kak Senah. Lepas suaminya mati, emaknya pun... hei, entahlah!"
"Betullah tu! Hisy... selisih malaikat 44 kalau anak kita berperangai macam tu, kan? Janganlah suami kita digodanya pulak." "Itulah balasannya. Emak merampas suami orang. Anak, ditinggalkan suami."
"Kalau saya, jangan diharap perempuan macam tu hendak ditolong. Majikan Minah tu baik hati sungguh. Sanggup paksa anak sendiri bertanggungjawab atas perbuatan orang lain. Dah tak suci, nak buat macam mana? Kahwin dengan siapa pun, bukan dapat tutup apa-apa!" Entah mengapa setiap bait yang keluar dari mulut orang kampung amat menyentuh hatinya. Haziqah rasa ingin menangis. Sejurus selepas membayar harga barang-barang, Haziqah terus berlari keluar. Mengapa harus segalanya bermula lagi? Perlukah kisah silam ibunya juga diungkit sedangkan kini kisah yang wujud adalah dari peristiwa yang baru.

Hanya dia yang ditinggalkan tunangan! Kenapa kisah emaknya pula yang dikaitkan? Sejak bila pula emaknya merampas suami Mak Senah?

DARi jauh, Melati sudah nampak kelibat Haziqah berjalan seolah-olah ingin menuju ke rumahnya. Benci sungguh dia melihat gadis yang dirasakan sebagai pesaingnya itu. Tetapi apabila memikirkan nama Haziqah yang sudah mula menjadi sebutan akibat fitnah yang tersebar, Melati berasa gembira. Sekurang-kurangnya Haziqah sudah tidak menjadi kebanggaan anak-anak penduduk kampung lagi.
"Assalamualaikum kak," sapa Haziqah apabila dia sudah tiba di hadapan tangga tempat Melati berdiri.
"Hoi, kau buat apa datang rumah aku ni?"
"Mak suruh hantar makanan ni untuk Kak Ati dan makcik."
"Kan aku dah cakap, jangan jejakkan kaki kau kat tanah bapak aku ni. Kau pekak ke? Tak paham bahasa! Haa... yang kau tercegat macam tiang buruk tu kenapa? Pergi balik!" "Err... Kak Ati..."
"Jangan panggil aku kakaklah. Aku bukan kakak kau dan aku tak ingin ada adik macam kau. Perampas!" Haziqah terdiam sejenak. Kata-kata Melati mengguris perasaannya. Selama ayah kandung Melati meninggal dunia, Melati dan Mak Senah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda mahu berdamai. Pelbagai tuduhan dilemparkan apabila terserempak dengannya.
"Sudahlah. Jangan nak termenung kat sini pulak. Pergi balik!"
"Mak Ziqa kirim lauk untuk akak dengan makcik."
"Hoi... aku tak naklah lauk keluarga kau ni! Entah-entah ada racun!"
"Dasar perempuan kotor! Patutlah Yusri tu tinggalkan kau! Dah tak suci pun ada hati nak berkahwin dengan orang kaya. Kau ingat dengan cara tu, nama kau akan kembali bersih. Jangan haraplah Ziqa!"
"Kak Ati jangan hina maruah Ziqa!"
"Apa tak betul kata-kata aku?"
"Sudahlah. Malas Ziqa nak layan Kak Ati. Merepek tak sudah-sudah!" ucap Haziqah dan terus pantas berlalu.
"Perempuan miang! Mak dengan anak sama aje!" jerit Melati sambil melambakkan lauk pemberian ibunya ke tanah seperti selalu.

 
Harga : RM 18.00
Halaman :496
ISBN : 983-124-162-2


komenku:

satu cerita yang menarik..pada pandanganku.... dengan pelbagai masalah yang menjadi satu konflik... yang akhirnya dapat diselesai dengan baik...

happy ending...

***


Dicatatkan pada Tuesday, January 10, 2006 oleh nurdia
Comment (1)  




Saturday, October 08, 2005
Nilai Cintamu


 

Penulis: Eka Fahara
Keluaran: ALAF21
Tahun: 2005
Watak utama dalam cerita: Nana dan Hisyam
Harga : RM 16.00
M/surat: 448

Sinopsis:

SUATU ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan serasinya. Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu segalanya mula berubah, perjalanan hidupnya mula dihimpit resah dan ketenangan jiwanya mula berkocak.

Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini. Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya.

Akhirnya, Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri. Lalu dia membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan cinta mereka cuma tinggal sejarah. Kalau nak dikata rebah, telah lama dia jatuh tersungkur. Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam. Hari ini walaupun dia masih mampu berdiri tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.

Biarlah... sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN. Jika ada sinar kebahagiaan untuknya, dia akan menyambutnya dengan senyuman. Jika tidak... siapa dia untuk mempertikaikannya? Yang penting, kisah itu banyak mengajarnya erti sebenarnya cinta.



Komenku:

Kisah suka duka ... ranjau dalam percintaan menjadi kupasan yang menarik... ditambah dengan konflik keluarga ..... menjadikan cerita ini amat menarik....  jalan cerita yang penuh tandatanya.... dengan "happy ending" menjadikan aku puas membacanya.....
 
***

 


Dicatatkan pada Saturday, October 08, 2005 oleh nurdia
Comments (2)  




Monday, September 26, 2005
Cinta....Tiada Akhirnya


Penulis: Fauziah Ashari
Keluaran: Intens Media
Tahun: 2005
Watak utama dalam cerita: Izzah, Hariz
Harga : RM 22.90
M/surat: 566

Sinopsis:

Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya'.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah...CINTA...TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cintta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.



Komenku:

Cerita ini merupakan kesinambungan cerita Ombak Rindu yang pernah ku baca sebelum nie.... Fauziah Ashari pun salah sorg penulis idolaku.... boleh dikatakan hampir semua bukunya telah ku perolehi n ku baca....

pengolahan citernya baik ...walau agak hambar di akhir citer.....tapi ia membuat aku terasa berada dalam suasana ceritanya.....  tahniah... kerna berjaya membawa pembaca menghayati cerita yang disampaikan dengan sebaiknya.... namun tak sehebat cerita Ombak Rindu......

membawa aku cuba mengimbau kembali buku2nya yang sebelum nie...sememangnya berkualiti

***


Dicatatkan pada Monday, September 26, 2005 oleh nurdia
Comments (3)  




Sunday, September 25, 2005
Tiada Lagi Mimpi


 


Penulis: Sharifah Abu Salem
Keluaran: Alaf21
Tahun: 2005
Watak utama dalam cerita: Norseha, Razif, Norjinah, Badrul
Harga : RM 19.90
M/surat: 547

Sinopsis:

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali razif di dalam delima. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menangani sendirian Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjina seakan berakhir di situ sahaja.

Norseha.... permulaan sebuah sengkata. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuat semua berprasangka. Tetapi Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi rahsia?

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah yang terbiar di jalanan?

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala....


Komenku:

Cerita ini merupakan kesinambungan cerita tak semanis impian dan tak seindah mimpi yang pernah ku baca sebelum nie.... sharifah abu salem antara penulis idolaku.... boleh dikatakan semua bukunya telah ku perolehi n ku baca....

pengolahan citernya amat menarik..... membuat aku cuba mengimbau kembali kedua2 bukunya yang sebelum nie.... tahniah...kerna berjaya membawa pembaca menghayati cerita yang disampaikan dengan sebaiknya....


****


Dicatatkan pada Sunday, September 25, 2005 oleh nurdia
Comment (1)  




Tuesday, September 20, 2005
Bukan Cinta Biasa


Penulis: Izzul Izzati
Keluaran: Kaki Novel
Tahun: 2005
Watak utama dalam cerita: Shahira, Azlisyam, Anuar
Harga : RM 18.00
M/surat: 536


Sifat Sabar dan beralah yang dimilki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan.  Seboleh-bolehnya dia tidak mau menyakiti apa tah lagi mengecewakan insan yang mengharap.  Namun Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa.  Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar Sejak dibangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya.  Baginya cita-cita dan impian hidup lebih utama.  Namun beitu dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diaturkan keluarganya.  Biarpun jauh di sudut hati dia sebenarnya memendamkan perasaan kecewa.

 

Pertemuan Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan di antara mereka.  Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semulajadi dalam diri Shahira.  Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya.  Tanpa sedar dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain.  Ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus terang biarpun rasa rindu ternyata sendat dihati.  Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar.  Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dan Azlisyam.  Anuar yang kecewa tetap setiap menanti meskipun disedari penantiannya tiada penghujung.  Meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.

 

Takdir dan suratan Nya tiada siapa yang dapat menolak dan menghalang.  Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumah tangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba?  Bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira sememang untuknya?  Mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?


 



Komenku:

Suatu kisah cinta dan kehidupan yang agak unik....kesabaran dan rintangan menghadapi segala cabaran dalam percintaan membuatkan novel nie menarik pada pandanganku..... walaupun pada awal pembacaan agak boring.... tapi pertengahan cerita membuat ku tak sabar nak mengetahui isi keseluruhan nya...



***

Dicatatkan pada Tuesday, September 20, 2005 oleh nurdia
Comments (4)  




Next Page